PETALING JAYA: Beberapa ubat palsu yang dijual di
negara ini adalah berbahaya dan boleh membunuh, menurut Kementerian Kesihatan.
Bahagian penguatkuasaan farmasi berkata, satu rang
undang-undang sedang digubal untuk meningkatkan hukuman bagi penjualan
ubat-ubat palsu.
Pengarah bahagian, Mohd Hatta Ahmad berkata, ubat
perangsang seks, penahan sakit dan campuran ubat batuk merupakan antara ubat
yang dipalsukan dan dijual pada harga lebih murah berbanding yang asli.
Beliau memberitahu bahawa bahagian itu
mendapati ubat palsu dan seumpamanya seperti ubat titis mata, pencegah kuman
dan demam, turut dijual di gerai tepi jalan dan kedai perubatan tradisional.
Beliau berkata, produk palsu berkenaan telah
dirampas sama ada ia dihasilkan secara tempatan atau dibawa dari negara-negara
seperti Indonesia, Thailand, Filipina, India dan China.
Mohd Hatta memberi amaran bahawa memakan ubat
perangsang seks palsu yang mengandungi ‘slidenafil’, ‘tadafil’ dan ‘verdanafil’
atau ubat pelansing yang mengandungi ‘sibutramine tanpa pengawasan yang betul
daripada doktor perubatan’ boleh mengakibatkan kesan yang serius.
“Ubat palsu ini juga boleh mengakibatkan kematian
kerana ia memusnahkan organ-organ penting badan dan dilaporkan turut
menyebabkan gangguan mental,” katanya.
Mohd Hatta menegaskan bahawa semua produk
farmaseutikal mestilah berdaftar dengan kementerian sebelum ia boleh
dipasarkan.
Mengenai rang-rang undang baru itu, Mohd Hatta
berkata, ia akan menentukan dengan jelas tentang produk perubatan palsu dan
mengenakan hukuman 10 kali lebih daripada hukuman semasa.
Berdasarkan statistik bahagian itu menunjukkan
penjualan ubat-ubatan palsu tidak meluas, dan kebanyakkannya melibatkan di luar
kaunter dan ubat preskripsi untuk kepentingan tertentu seperti Viagra dan
Cialis.
“Kajian baru-baru ini mendedahkan kelaziman
ubat-ubatan palsu adalah antara 3 peratus dan 6 peratus di pasaran,” kata Mohd
Hatta. -MStar
No comments:
Post a Comment