SHAH ALAM: Belanjawan
2013 yang dibentangkan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR, DAP dan PAS, tidak
mempunyai sebarang keistimewaan kerana gagal menyediakan program pembangunan
rakyat.
Ketua
Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman,
berkata belanjawan RM1.63 bilion dengan RM996.98 juta atau 61 peratus adalah
untuk perbelanjaan yang dibentangkan, tidak merangkumi kesejahteraan petani dan
usahawan.
Apabila
meneliti belanjawan negeri 2013, kerajaan negeri tidak menyalurkan kepada
program pembangunan rakyat seperti penyelesaian kepada masalah petani dan
usahawan.
Dalam
belanjawan kali ini, yang kita nampak projek mega saja, tiada pun tumpuan untuk
menyelesaikan janji yang dibuat sebelum ini, katanya ketika ditemui pemberita
selepas menghadiri Pembentangan Belanjawan 2013, DUN Selangor, di sini,
semalam.
Dalam
pembentangan bajet bertemakan Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia itu, Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.63
bilion dengan RM996.98 juta atau 61 peratus adalah untuk perbelanjaan mengurus,
manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM663.01 juta atau 39 peratus.
Selain itu,
sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm
Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat.
Masing-masing
RM50 juta lagi bagi membaiki dan menaik taraf sistem saliran milik Jabatan
Pengairan dan Saliran serta membina rumah mampu milik pasang siap yang
dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Satim
berkata, belanjawan dibentangkan itu juga adalah cubaan untuk mengalihkan
perhatian rakyat daripada mempersoalkan kegagalan pakatan pembangkang
menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum lalu.
Pengumuman
projek mega untuk membina jambatan ketiga di Klang berjumlah RM300 juta
hanyalah sebagai helah untuk menutup kelemahan mereka sebelum ini, katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment