Justeru,
menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya
perlu bertaubat.
Beliau
menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak
mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.
Jika orang
itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir... jadi dia kafir. Justeru, orang itu
kena bertaubat. Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain
tanpa asas kukuh adalah fitnah.
Selagi kita
mengucap syahadah, kita menyampaikan pendapat dan mempertahankan Islam...
bagaimana kita boleh menjatuhkan hukuman murtad (kepada orang lain).
Saya takut
orang yang menghukum orang lain murtad akan berbalik kepada diri sendiri,
katanya selepas perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, di sini
semalam. Perasmian disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Harussani
berkata, perbuatan itu juga dibimbangi menyebabkan penyelewengan di kalangan
umat Islam kerana ia dilakukan seorang pemimpin berpengaruh.
Dalam hadis
membincangkan mengenai penyelewengan orang alim... kerana dia ada pengaruh dan
mempunyai pengikut. Kalau itu (perbuatan mendoakan kehancuran dan menuduh orang
lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti
menyokong.
Apatah lagi
perbuatan mendoakan kehancuran orang Islam adalah salah dan bertentangan dengan
syariat Islam. Setiap Islam bersaudara dan wajib dilindungi serta dinasihati
jika melakukan perbuatan tidak betul, katanya.
Beliau juga
kesal PAS menjadikan perbezaan pendapat politik sebagai suatu kebencian
sehingga bertindak melampau dan menuduh pihak lain. -BHarian
No comments:
Post a Comment