KUALA LUMPUR: Hasrat PAS yang mahu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut
diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.
"Belum
jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja
Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun
nak jadi PM juga.
"Bagilah
kepada dia. Teruk, lama dia berjuang...patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana
menteri Malaysia, yang amat berhormat...bila pencen dapat Tun," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di sini hari
ini.
Dr Mahathir
yang juga presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) mengulas pendirian
perwakilan Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi
perdana menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang pada
pilihan raya umum akan datang.
Ditanya
mengapa DAP pula mahu Anwar menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata, parti
itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini.
Mengenai
kenyataan Anwar kepada akhbar Wall Street Journal awal tahun ini yang dilapor
menyokong semua tindakan menjaga keselamatan Israel, beliau berkata, perkara
itu timbul kerana mahukan sokongan Yahudi.
Dr Mahathir
bagaimanapun meminta penyokong Anwar supaya tidak terlalu taksub dan fanatik
tetapi menggunakan akal untuk menimbang segala perbuatan yang dilakukan
pemimpin mereka itu.
"Kalau
tanpa mengambil kira apa yang pemimpin buat, ia akan merosakkan negara,"
tegasnya.
Mengenai
pendengaran oleh Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin hari
ini, Dr Mahathir berkata selain menyenaraikan Israel dalam daftar jenayah
perang, media perlu menyiarkan pelbagai kesalahan jenayah Israel untuk diadili
masyarakat antarabangsa.
Tambah
beliau, media Malaysia lebih bersifat terbuka dalam melaporkan kejadian sebenar
berbanding media antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai Yahudi.
Tabung yang
dilancarkan itu bertujuan membantu mangsa serangan Zionis Israel sejak Rabu
lepas di Semenanjung Gaza yang dilapor mengorbankan lebih 100 penduduk dan
mencederakan 700 yang lain. – BERNAMA/BHarian
No comments:
Post a Comment