KUALA
LUMPUR: Semua 831 lokasi pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik
(AES) disahkan sebagai kawasan hitam atau kawasan yang mencatatkan kadar
kemalangan tertinggi di negara ini.
Perkara itu
disahkan Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Jaafar Mohamed kepada BH semalam, sekali gus menafikan dakwaan lokasi
pemasangan kamera itu sengaja diwujudkan untuk memerangkap pengguna jalan raya.
Beliau
berkata, senarai kawasan berbahaya itu diperoleh Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Daripada
senarai itu, mereka lakukan penyelidikan dan mengenal pasti 831 lokasi yang
dianggap paling kritikal kerana kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding
kawasan lain, katanya.
Beliau
menyatakan demikian bagi mengulas keraguan sesetengah pihak mengenai pemilihan
lokasi pemasangan kamera berkenaan yang dikatakan hanya bertujuan memerangkap
pengguna jalan raya.
Jaafar
berkata, walaupun kawasan itu dikenal pasti oleh MIROS, pemilihan akhir
dilakukan kerajaan selepas mengambil kira laporan kadar kemalangan yang
disediakan oleh PDRM.
Jadi
dakwaan lokasi itu direka untuk memerangkap pengguna jalan raya supaya disaman
memang tidak tepat dan sangat tidak berasas.
Semua
maklumat itu dibuat berdasarkan data kemalangan dari simpanan PDRM, katanya.
Pemasangan
kamera AES sehingga kini mendapat maklum balas negatif dari orang ramai
walaupun keberkesanannya dalam mengurangkan kemalangan dan meningkatkan tahap
keselamatan di jalan raya telah terbukti.
Satu kajian
keselamatan jalan raya peringkat global yang dijalankan oleh Perancis mendapati
penggunaan kamera AES mampu mengurangkan kadar kemalangan sehingga 48 peratus
berbanding negara yang tidak menggunakan sistem itu. -BHarian
No comments:
Post a Comment