Kuala
Lumpur: DAP menolak cadangan Dewan Ulama PAS yang mahukan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang
berkuasa di negara ini.
DAP tidak
berganjak dengan ketetapan sebelum ini dan mahu jawatan itu diberikan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng, berkata ia adalah pendirian konsensus pembangkang dan
tidak akan diubah.
“Berdasarkan
apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang selama ini, Perdana Menteri
adalah Anwar. Kita kekal dengan apa yang dipersetujui dalam pakatan pembangkang
sebelum ini,” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Bagaimanapun,
Dewan Pemuda PAS Pusat tetap tegas mahu Hadi sebagai Perdana Menteri.
Ketuanya,
Nasruddin Hassan, berkata seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang
mahukan Anwar, Pemuda PAS juga berhak menyatakan pandangan mengenai pemimpin
mereka yang layak menyandang jawatan itu.
Tambahan
pula, katanya, majoriti perwakilan Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kelantan
kelmarin jelas menyatakan mereka mahukan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri.
"Saya
berpandangan itu adalah pandangan perwakilan mengenai ketokohan dan kredibiliti
Tuan Guru Haji Hadi dan ini bukan perkara pelik seperti juga PKR dan DAP
mencadangkan Anwar, katanya kepada BH.
Mengulas
lanjut, Nasruddin berkata, perkara penting dalam memilih Perdana Menteri ialah
individu beriman, bertaqkwa, mempunyai integriti, adil dan berwibawa untuk
memimpin dengan baik.
Namun, Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ketika ditemui semalam, berkata Abdul Hadi
sebelum ini sudah menjelaskan beliau tidak berminat menjadi Perdana Menteri,
sebaliknya mahu menjadi khadam kepada rakyat.
Beliau
berkongsi pandangan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan
Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw sebelum ini bahawa kerusi Perdana Menteri hanya
untuk Anwar.
Bagaimanapun,
Abdul Hadi, pada hari terakhir muktamar menyatakan beliau bersedia menjadi
Perdana Menteri jika itu dimahukan ahli.
Sementara
itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, yang dikenali sebagai sekutu dan
penyokong kuat Anwar enggan mengulas panjang mengenai pertelagahan itu.
-BHarian
No comments:
Post a Comment