KUALA
LUMPUR: Kes kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja meningkat 40 peratus
dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini daripada 17,704 pada 2006 kepada
28,809 tahun lalu.
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam
Thye, berkata punca utama peningkatan kes adalah kurang kesedaran terhadap
pemanduan yang selamat di kalangan mangsa.
Peningkatan
ini juga dikesan akibat kurang elemen keselamatan dalam sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, katanya dalam satu
kenyataan di sini, semalam.
Katanya,
daripada jumlah itu 52 peratus kemalangan semasa pergi ke tempat kerja,
manakala 36 peratus lagi semasa balik ke rumah selepas tamat waktu bekerja.
Beliau berkata,
hasil kajian juga mendapati 68.8 peratus kemalangan membabitkan pekerja waktu
pagi, manakala 55 peratus pula berlaku dalam lingkungan kurang lima kilometer
dari tempat kerja.
Katanya,
kes kemalangan maut di jalan raya di negara ini juga pada tahap membimbangkan
dengan lebih 6,000 kes setiap tahun atau 18 hingga 20 orang sehari dalam tempoh
beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya,
daripada jumlah itu 60 peratus membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal
yang kebanyakannya generasi muda.
Sehubungan
itu, katanya, PERKESO memperkenalkan Pelan Pencegahan Kemalangan Semasa
Perjalanan, tahun lalu untuk mengatasi kemalangan semasa perjalanan membabitkan
empat program pencegahan.
Antara
pendekatan itu adalah program outreach kemalangan semasa perjalanan untuk
majikan dan pekerja, program menunggang motosikal dengan selamat dan program
pemanduan berhemah.
Menubuhkan
sistem pengurusan keselamatan perjalanan atau elemen keselamatan jalan raya
dalam sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, katanya. BHarian
No comments:
Post a Comment