Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa
pandangan agar Pemuda PAS memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan
jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.
"Tak perlu adakan Bersih 4.0. Kami minta supaya
usul bersih 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrjaya.
Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan
Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendedak supaya pimpinan pakatan
pembangkang mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan
rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri
perhimpunan Bersih tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan
selain pembaziran tenaga.
"Bersih 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa
yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera
parti," katanya. -mStar
No comments:
Post a Comment