PADANG BESAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail mahu orang Melayu mengelak sengketa dan syak wasangka sesama
sendiri bagi membolehkan mereka menjadi bangsa yang kukuh.
Baginda bertitah, bangsa Melayu perlu mempunyai masa
depan yang baik dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dengan mengutamakan
semangat perpaduan.
Bangsa Melayu perlu kukuh bukan sahaja pada masa ini
tetapi pada sepanjang masa demi masa depan generasi akan datang, titah baginda
ketika melancarkan sambutan Maal Hijrah 1434 peringkat negeri Perlis serentak
dengan perasmian Masjid Nurul Naim di Felcra Lubok Sireh di sini malam Khamis.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah selain itu
pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam kehidupan juga penting dalam
membentuk kesatuan umat secara harmoni.
Pendekatan itu adalah sejajar dengan tema sambutan
Maal Hijrah 1434 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' dan ia perlu dihayati oleh
seluruh umat Islam, titah baginda. -BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment