SHAH ALAM:
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gemar
mengambil tindakan lulus dulu, ulas kemudian menyaksikan pentadbiran negeri
sentiasa kalut dan penuh kontroversi.
Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata sikap
berkenaan bukan saja menyerlahkan kelemahan Menteri Besar, malah banyak
keputusan dibuat merugikan rakyat negeri ini.
Misalnya,
dalam isu pengambilan tanah milik Yayasan Selangor (YS) di Klang bagi membina
Pusat Kebudayaan Cina. Beberapa dokumen menunjukkan kelulusan pengambilan tanah
dibuat 4 Mei 2011, tapi ada pula beberapa surat memohon ulasan atau penjelasan,
dihantar kepada YS selepas tarikh kelulusan itu.
Bukti lain
adalah surat Pejabat Tanah dan Daerah Klang kepada YS memaklumkan kelulusan
EXCO berhubung pengambilan tanah itu. Bagaimanapun, YS pada 12 Julai 2011
hantar surat tidak bersetuju dengan kelulusan EXCO itu. Ini jelas
memperlihatkan kelemahan Menteri Besar, katanya semalam.
Sambil
menunjukkan salinan surat EXCO, Elizabeth Wong kepada Menteri Besar bertarikh
21 Mac 2011 meminta tanah itu diserahkan bagi pembinaan pusat kebudayaan
terbabit,
Noh turut mempersoalkan surat bertarikh 4 Mei 2011 dihantar Khalid kepada
Pengurus Besar YS, Ilham Mar-zuki, meminta laporan dan kronologi berkaitan
pengambilan tanah itu.
Sementara
itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed,
menjangka negeri ini diselubungi masalah setinggan tidak terkawal jika aliran
kenaikan harga rumah berterusan akibat sikap kerajaan negeri yang tidak
pedulikan program rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
Katanya,
masalah itu bukan saja boleh menyebabkan sistem penempatan tidak teratur, malah
turut mencetuskan pelbagai gejala sosial dan ekonomi, sekali gus mencalarkan
rekod Selangor sebagai negeri termaju di negara ini.
Kajian kami
mendapati kenaikan harga rumah berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri
mengurus dan mengawal isu perumahan dengan berkesan. Masalah kenaikan harga ini
dikesan apabila Pusat Aduan Rakyat (PAKAR) menerima terlalu banyak rungutan dan
ia menyebabkan setinggan kembali menular, katanya.
Beliau
berkata, kegagalan kerajaan negeri memahami kepentingan kemudahan asas itu,
selain turut mengambil kesempatan mencari untung besar dengan mengenakan
premium tanah yang tinggi, turut dikesali terutama di kalangan pemaju projek
pembangunan. -BHarian
No comments:
Post a Comment