SHAH ALAM -
Majlis Syura Pas telah membuat keputusan tepat apabila menggugurkan keanggotaan
bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi
parti itu.
Setiausaha
Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Syura tahu apa yang pihaknya
putuskan kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan alasan kukuh selepas
membuat kajian menyeluruh.
“Majlis
Syura sudah membuat kajian dan tahu mengapa Nasharudin perlu dilucutkan.
Justeru keputusan pengguguran ini sangat wajar. Semua pihak perlu menerimanya
dengan terbuka,” katanya.
Ketika
ditanya adakah di sebalik keputusan ini Pas melabel Nasharudin sebagai duri
dalam daging dan membahayakan parti, beliau enggan memberikan komen
lanjut.
“Saya tidak
mahu komen hal itulah. Apa yang pasti
pengguguran Nasharudin ini tidak akan menggugat parti.
“Bahkan
Insya-ALLAH tidak akan mengganggu persediaan Pas menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) nanti,” tegas beliau.
Semalam,
Majlis Syura Pas mengesahkan
menggugurkan keanggotaan Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok kerana didakwa telah
melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh
Majlis Syura.
Keputusan
mengenainya dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan surat mengenai perlucutan
Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat
tersebut.
Justeru
Nasharudin kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan. Sebelum
ini beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat..- Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment