SHAH ALAM -
Keputusan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden
Pas, Nasharudin Mat Isa dari menganggotai badan tertinggi parti itu dilihat tidak
akan memberi kesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua
Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura
adalah mengikut prosedur dan semua pihak telah maklum mengenai perkara itu.
"Ini
adalah prosedur biasa, semua orang maklum mengenainya dan tindakan yang
dikenakan pun berikutan beberapa peraturan yang dilanggar oleh beliau
(Nasharuddin)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Majlis
Syura Pas hari ini mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharuddin yang
juga merupakan Ahli Parlimen Bachok yang pernah disebut akan diambil tindakan
disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan
tertinggi itu.
Setiausahanya,
Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana
Nasharudin didapati melanggar
peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan
mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan
oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara
sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa
peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya
saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat
mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan
selepas mesyuarat itu,” katanya.
Nasharudin
kini hanya sebagai ahli biasa Pas tanpa sebarang jawatan.
Sebelum ini
beliau pernah digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.
Mengulas
lanjut keputusan Majlis Syura itu, Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan
pengguguran itu diambil selepas mendapati Nasharudin gagal memberikan komitmen
terhadap tugasnya sebagai anggota Majlis Syura.
Katanya,
disebabkan kegagalan Nasharudin menjalankan tugas beliau maka Pas akan
menggantikan tempat beliau kepada calon yang lebih komited dan layak.
"Siapa
calon penggantinya itu biarlah Majlis Syura yang tentukan pada mesyuarat yang
akan datang dan akan diumumkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas...
tunggulah," katanya lagi.
Ketika
ditanya sama ada kemungkinan Nasharudin tersenarai lagi untuk mempertahankan
kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya akan datang, Tuan Ibrahim juga enggan ulas lanjut.
"Maaf
ya, saya tidak dapat komen sama ada beliau akan terus disenarai atau tidak.
"Keputusan
mengenai calon, semuanya bergantung kepada Presiden Pas," jelas beliau
lagi. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment