Sehubungan
itu, beliau berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga
mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok,
daripada Majlis Syura Pas.
Katanya ia
seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia
walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa
mesej keamanan sejagat.
"Sebaliknya
Pas tak suka lihat ada orang Pas bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk
jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai
macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya.
Ditanya
jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada Pas,
Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."- Bernama/Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment