KUANTAN -
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah, isu
kalimah Allah, yang kini menjadi polemik semasa, perlu ditangani dengan cermat
dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan terbuka.
Titah
baginda ia perlu dibincang secara tertutup di kalangan ilmuan, ahli agama dan
pemimpin politik.
Baginda
juga menyeru umat di negara ini supaya berdiri teguh mempertahan kalimah Allah
dan kalimah lain yang telah dinyatakan tidak boleh digunakan bukan Islam sama
ada di media elektronik dan cetak.
"Pihak
lain seharusnya mengambil perhatian serta menghormati sensitiviti agama
masing-masing agar kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama tidak
tergugat," titah baginda pada majlis pelancaran dan penyerahan dana Tabung
Palestin-Gaza di sini, hari ini.
Baginda
bertitah, di negeri Pahang, larangan penggunaan, penyataan, penyebaran,
percakapan, apa-apa bentuk penerbitan sama ada media cetak atau eletronik
menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengelirukan atau
memesongkan akidah umat Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan
Pengembangan Agama Bukan Islam No. 5 tahun 1989.
"Majlis
Fatwa Kebangsaan dalam Muzakarah ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 juga
mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam
dan adalah wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya
terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, ia
perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan," titah baginda. - Bernama /Sinar Harian
No comments:
Post a Comment