KUALA
TERENGGANU - Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis
Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.
Katanya
beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan
oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.
Beliau
berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden
parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari
lalu.
"Majlis
Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat
oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak
dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan
nama penanya, C.N.Al-Afghani.
Beliau
berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau
Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said.
Sebelum
ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura
Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti
itu. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment