KEMAMAN -
Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan
senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.
Menyatakan
demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN)
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti pembangkang itu memang tidak
berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka.
“Sudah
menjadi sikap Pas dan pakatan pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk
berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan
saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak
timbul masalah kemudian, berbanding Pas,” katanya ketika ditemui pemberita, di
sini.
“Pas yang
gemar menuduh Umno/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat
desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri
terbabit, mereka tidak lapor pun untuk disiasat,” katanya.
Beliau
mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka
kepada SPRM, sebagaimana dilakukan Umno dan BN, kerana percaya semua calon
mereka bersih.
Baru-baru
ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga
ini Pas berpuas hati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat
jawatankuasa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment