KUALA LUMPUR — Economist Intelligence
Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The
Economist, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum
ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda
pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan ekonomi
beliau yang berjaya.
Bagi pemerhati antarabangsa,
keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata
EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk
mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat
berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.
EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala,
berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji
kempennya.
"Sebagai contoh, menyediakan
pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion,
dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6
bilion setahun," katanya.
Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah
memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi
pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan
upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun;
cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Bagi semua perkara ini, populisme
Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN
mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji
pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.
"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa
manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya,"
kata EIU.
Bandingkannya dengan rekod kejayaan
BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam
pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000
rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan
jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan
dilaksanakan.
"Pertaruhan adalah tinggi bagi
kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan
kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah
satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.
"Kedua-dua perlu menarik bagi
pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam
blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan
raya lepas," katanya. EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan
ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh
mempengaruhi keputusan PRU-13.
Najib perlu menang besar dalam usaha
untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain,
pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk
memecahkan kuasa BN.
Sementara itu, UMNO yakin dengan
hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU-13, setelah Najib berkata jentera
parti berada pada peringkat akhir persiapannya.
"Kami telah menerima laporan
audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami
memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan
persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri,"
kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.
Najib, yang juga Presiden Umno dan
Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau,
menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk
menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.
Satu lagi sebab utama kelebihan bagi
parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah
kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan
asing.
Dan selain itu, pendapatan per kapita
mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan
trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus
pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa
tempoh ramalan 2013-17."
Angka pertumbuhan yang diumumkan
semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada
6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun
penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
Berlatarbelakangkan keadaan
sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang
kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang
sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13". — Bernama/ The Malaysian
Insider
No comments:
Post a Comment