TIADA SEBAB PENJAWAT AWAM TUKAR KERAJAAN – CUEPACS
KUALA
LUMPUR: Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan
Nasional (BN) kerana pertukaran itu belum mampu menjanjikan kemajuan dan
kestabilan negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.
Omar
berkata hampir kesemua tuntutan mereka telah ditunaikan sekaligus membuktikan
kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa
peka dan dekat dengan penjawat awam.
“Tidak ada
sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat
menjamin apa-apa.
“Tidak
pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh Cuepacs kerajaan tolak. Sebagai
contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat
awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Cidb di
Cheras pada Khamis.
Menurutnya,
sokongan hampir 1.4 juta orang penjawat awam dan 500 ribu pesara sentiasa tidak
berbelah bagi kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib dan yakin perkara
tersebut akan diterjemahkan di peti undi dalam Pilihan Raya 2013 yang dijangka
diadakan dalam masa terdekat.
“Saya yakin
1.4 juta penjawat awam bersama dengan hampir 500 ribu pesara Cuepacs akan
sentiasa menyokong kerajaan sedia ada.
“Penjawat
awam dan Cuepacs adalah tiang seri kepada kerajaan dan yakinlah sokongan mereka
akan sentiasa utuh kepada kerajaan,” ujarnya.
Dalam pada
itu, Muhyiddin yang juga berucap semasa perhimpunan tersebut menggesa penjawat
awam supaya memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan.
Beliau
berkata kumpulan tersebut juga bertanggungjawab dalam menyampaikan polisi dan
dasar kerajaan kepada masyarakat serta kunci utama kepada kemajuan dan
pembangunan negara.
“Penjawat
sektor awam adalah imej kerajaan, jadi mereka haruslah memainkan peranan yang
penting dan berkesan terutamanya dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan,”
katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment