KUALA
LUMPUR, 16 Mac — Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini menafikan tuduhan blogger pro-Umno yang meletak beberapa
gambar individu menyerupai dirinya mengadakan hubungan seks sejenis yang sudah
tersebar luas ketika ini.
Dalam
artikel yang bertajuk "Aksi Si Raja Goyang" tersebut, beberapa
blogger pro-Umno mendakwa gambar tersebut adalah Anwar dan menuduh pemimpin
utama PKR tersebut berdampingan dengan lelaki gay.
"Saya
menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui
wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One
Utama.
Anwar juga
menuduh ia adalah satu lagi fitnah jahat dan politik jijik yang digunakan oleh
pemimpin Umno untuk memburukkan imejnya serta tidak menolak akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit menyebarkannya.
"Ia
adalah gimik politik jijik oleh Umno... Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.
"Saya
belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan
beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," tambah Anwar yang mengecam
keras tindakan tidak bertanggungjawab oleh blogger Umno tersebut.
Anwar di samping
itu juga tidak menolak kemungkinan selepas ini pemimpin Umno dan medianya akan
mengeluarkan video beliau mengadakan hubungan sejenis ekoran pendedahan gambar
pada Khamis lalu.
"Selepas
ini confirm keluar video pula," sindir Anwar.
Beberapa
kepingan gambar tersebut masih lagi berada dalam laman
www.rajagoyang360.blogspot.com dan masih boleh lagi boleh dibaca ketika ini.
Gambar-gambar
yang dipamerkan tersebut diambil daripada dua sudut berbeza kamera dan
menunjukkan dua lelaki dalam keadaan intim termasuk gambar bogel seorang
individu yang diambil daripada bahagian belakangnya.
Gambar
pertama menunjukkan seorang lelaki dengan berpakaian kemas, berkemeja,
berseluar hitam dan memakai kasut memasuki bilik.
Tajuk
berjudul "Ketibaan Sang Hero..... RAJA GOYANG", memaparkan seorang
lelaki sedang duduk dengan pakaian t-shirt cerah, berseluar pendek dan
berselipar sedang menunggu di katil.
Dalam
gambar seterusnya bertajuk "Hi!!! Sayang kat ABANG" pula memaparkan
pasangan lelaki tersebut berkucupan; gambar bertajuk "Pelukan MESRA dua
KEKASIH INTIM; errmmmmm..... RAJA GOYANG sedang GONCANG; KUCUPAN INTIM
asmaradana dua KEKASIH" pula memaparkan pasangan lelaki tersebut
berpelukan mesra dan gambar terakhir menunjukkan lelaki yang sudah berpakaian
penuh sedang berjalan menuju ke katil.
Video yang
didedahkan hari ini merupakan yang kedua dituduh ke atas Anwar selepas pada 21
Mac 2011 trio "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri
Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan
ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggemparkan negara apabila
mempertontonkan rakaman video seks kepada wakil media di hotel Carcosa Seri
Negara.
Anwar juga
telah menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau dan membuat
laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada 22 Mac 2011. - The Malaysian insider
No comments:
Post a Comment