MELAKA - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan
menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang
didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
Beliau
berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang
dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut
dipaparkan di beberapa blog lain.
"Sebagaimana
fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan
pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur
segalanya.
"Tak
kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang
kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini hari ini, lapor Bernama.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam
video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
Ahmad yang
juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai
sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
"Tengok
sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok
dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
Sementara
itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam
keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti
dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau
berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang
dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada masa ini.
Malah,
katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal
melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam
pelbagai skandal. -KLPos
No comments:
Post a Comment