LAHAD DATU —
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin rakyat tetap terhutang
budi kepada pasukan keselamatan meskipun dimanipulasi pembangkang kononnya krisis
pencerobohan pengganas di sini adalah satu sandiwara.
Beliau berkat,a
rakyat tidak termakan propaganda pembangkang untuk memperkecil pasukan
keselamatan kerana hakikinya, sudah sembilan nyawa terkorban, dan seorang
anggota tentera maut dalam kemalangan ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.
“Saya yakin
rakyat terhutang budi dan yakin dengan semangat pasukan keselamatan kita. Ini
sikap rakyat Malaysia apabila menghadapi keadaan ini, dan akan bersatu dalam
mempertahan negara.
“Walau ada parti politik cuba pecahkan, tetapi
rakyat terus sokong pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap di Dewan Semai
Bakti, Desa Kencana, Felda Sahabat semalam.
Dr Mahathir
turut beramah mesra dan bertanya khabar dengan 200 anggota pasukan keselamatan
di dewan berkenaan.
Beliau juga
berharap semua rakyat, terutama di Sabah, memberi penghargaan tinggi kepada
pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus mempertahan kedaulatan negara
daripada ancaman luar.
Masyarakat
Sulu di Sabah juga turut menolak tindakan pengganas itu, walaupun mereka adalah
sebangsa, katanya.
Sehubungan
itu, Dr Mahathir berkata Malaysia harus mempertingkat kekuatan pertahanan
negara tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak.
Beliau juga
yakin pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan
berusaha mempertingkat pertahanan negara mengikut kesesuaian muka bumi Sabah,
dan tidak akan membenarkan serangan pengganas berlaku lagi pada masa depan.
“Saya
ucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkorban nyawa mempertahankan
negara,” katanya. — Bernama /www.themalaysianinsider.com
KD: Terima kasih perwira negara..
No comments:
Post a Comment