KUALA
LUMPUR — Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada
kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka,
lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu
pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk
gula-gula kerajaan.
“Pertarungan
sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
“Anda boleh
gelarkannya politik Santa Claus,” tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita
luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.
Beliau
menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah menabur lebih
banyak “saguhati” wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat
yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta pengundi yang
masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih banyak
diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.
Antara
berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian bantuan
tunai RM500 kepaa setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada ribuan
remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas pengumuman
kenaikkan gaji kepada 230, 000 polis dan askar—yang dianggap sebagai kelompok
utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.
Penulis
juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat sebagai pesaing
mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut menjanjikan banyak
gula-gula.
Antara yang
disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif perkhidmatan utiliti yang
lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas kereta dan petrol serta tol
lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto PR yang dilancar bulan
lepas.
“Tetapi
yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.
“Tetapi
semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan selepas ini
memindahkan lebih banyak wang awamke arah aktiviti-aktiviti yang produktif
seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja, atau
mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada pengundi
yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?” soal penulis.
Reme
berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih banyak
saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut beberapa
pemerhati politik yang berkata disini.
“Realiti
yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.
“Tujuan
kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang yang berada
dalam garisan tersebut,” kata Reme.
Beliau
menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit sejak Krisis
Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar keatas belanja kerajaan
datang daripada cukai dan “bank-bank rakus lain seperti syarikat minyak
Petronas”.
Beliau
mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk membina jalan
raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi memastikan
janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau membayar
pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.
“Dalam kata
lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka mereka mendapatnya
ecara percuma,” kata beliau. -www.themalaysianinsider.com
KD: Politik Santa Klaus?? Amboi, bukan main selamba pihak luar ini mengkritik senario
politik negara kita ya.. adakah ia berunsur membina ataupun lebih ke arah
negatif? apa pun sebenarnya, memang mudah untuk mengkritik tetapi bukan mudah mentadbir.
No comments:
Post a Comment