KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin tentera
perlu menyimpan rahsia negara walaupun tidak lagi berada dalam perkhidmatan,
menurut dua persatuan bekas tentera pada Ahad.
Persatuan Veteran Tentera Melayu
(PVTM) dan Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor
hari ini kesal dengan tindakan beberapa bekas pegawai tertinggi tentera yang
mengkritik kerajaan serta pasukan tentera secara terbuka baru-baru ini.
Presiden Persatuan Peniaga-peniaga
Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor, Mohd Shahni Ismail berkata selepas
bersara, bekas tentera seharusnya sentiasa mendukung kedaulatan negara seperti
mana ketika masih dalam perkhidmatan.
"Apa yang kita tengok mereka
(bekas jeneral) ini membelakangkan kerajaan, sedangkan semasa berkhidmat mereka
telah melafazkan sumpah taat setia dalam menyimpan rahsia negara yang mana
tidak boleh dibocorkan sehingga hujung nyawa sekali pun," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama persatuan itu, di sini, Ahad.
Beliau berkata sepatutnya bekas-bekas
jeneral ini membantu negara dalam memberi nasihat dan pandangan bagaimana
hendak mengatasi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah daripada
menpersoalkan tindakan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Presiden PVTM Mohd Ali Baharom
berharap kerajaan tidak bertolak ansur danmengambil tindakan guaman terhadap
mereka yang didapati cuba mengkucar-kacirkan negara. –BERNAMA/mStar
KD: Rahsia tentera = rahsia negara.
No comments:
Post a Comment