Kesultanan Sulu
adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang meliputi
wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu Wilayah Autonomi
Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia
diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang
gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang
puteri tempatan.
Beliau
kemudiannya memperkenalkan Kod Undang-undang Sulu (Diwan) pertama berdasarkan
al-Quran, dan memperkenalkan institusi politik Islam serta penyatuan Islam
sebagai agama rasmi negara.
Pada 1675,
setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di Brunei, Sultan
Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
Bagaimanapun
pada 1878, Sultan Sulu memajak Borneo Utara kepada Eropah.
Perjanjian
itu menyatakan bahawa pajakan adalah kehendak sendiri dan ia sah sehingga akhir
zaman.
Kesultanan
Sulu menerima pembayaran serahan tahunan bersamaan dengan 5,000 dolar Malaya,
yang kemudiannya meningkat kepada 5,300 dolar Malaya pada 1903.
Borneo
Utara berada di bawah naungan British dari akhir abad ke-19.
Kawasan
berkenaan mendapat tempoh singkat kemerdekaan sebelum menjadi sebahagian
daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Sejak itu
Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada
Kesultanan Sulu.
Keturunan
bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju
untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya.
Keadaan ini
berlanjutan sehingga beberapa minggu yang lalu.
Kesultanan
Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka
menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan
apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
Kesultanan
itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian
Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada
Amerika Syarikat.
Filipina,
bagaimanapun terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat
sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Kini
terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan
Jamalul Kiram III.-mStar
No comments:
Post a Comment