BUTTERWORTH:
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi
menghubungkan Gurner Drive di pulau dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar.
Ia bakal
menjadi kenyataan tidak lama lagi kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pembinaan
itu akan menghubungkan Seberang Perai Utara dengan pulau bag memajukan kawasan
itu selaras dengan kepesatan pembangunan sejak kebelakangan ini.
“Walaupun
Seberang Perai Utara dikuasai pembangkang Umno dan BN namun Kerajaan Pakatan
Rakyat tetap meningkatkan kemajuan di situ demi rakyat bukan kerana dendam
politik.
“Kita
mencadangkan laluan ketiga di situ di mana Terowong Dasar Laut menghubungkan
Gurney Drive dan Bagan Ajam yang menelan
belanja RM6.3 bilion hasil pelaksanaan tander terbuka berbanding kos asal RM8
bilion diera pemerintahan BN,” tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Agenda Ekonomi Saksama
(AES) yang diadakan di Dewan Haji Ahmad Badawi, di Butterworth.
Beliau
percaya pembinaan itu nanti akan memberikan lonjakan ekonomi pada penduduk
Seberang Perai Utara di samping memberikan peluang pekerjaan yang cerah kepada
anak-anak muda.
Menurut
Lim, walaupun sedar cadanganya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak ekoran
tidak menerima cadangan mereka yang mahukan kerajaan nmegeri mengenakan bayaran
kepada kenderaan yang ingin memasuki Georgetown.
Mereka
mendakwa cara tersebut, akan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah
pendapatan negeri.
“Kita tidak
akan gunakan pendekatan mereka kerana ia akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Lebih baik kita buat terowong kerana ia dapat memberikan beberapa keistimewaan
sebagai tarikan pelancung, ” ujarnya.
Kontraktor
berpengalaman telah dilantik untuk melaksanakan projek tersebut, jelas beliau
yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Air Putih, Balik Pulau.– http://www.media-gegar.my
No comments:
Post a Comment