KANGAR -
Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menuduh
insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO bagi menakutkan
rakyat sebagai mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang dalam usaha
mereka meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketika
membuat kecaman itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
tindakan itu menggambarkan sikap mereka yang tidak berhati perut dan tidak
berperikemanusiaan sekali gus tidak layak dipilih sebagai pemimpin.
"Dalam
insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan
pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh
kerajaan sebagai punca," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Janji Ditepati peringkat
negeri Perlis di Stadium Utama, di sini hari ini.
Tian Chua
seperti dipetik menerusi lidah rasmi PKR, keadilandaily.com kelmarin mendakwa,
kejadian yang menyebabkan kematian anggota keselamatan negara dan penceroboh
dari Filipina itu hanya 'sandiwara kerajaan' untuk menakut-nakutkan rakyat
seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
Najib
berkata, pemimpin pakatan pembangkang sepatutnya tidak bermain politik dalam
perkara membabitkan soal keselamatan dan nyawa manusia.
"Kita
tidak boleh main sandiwara kerana tidak ada orang pun yang mahu jadi pelakon sehingga
sanggup mati," katanya
Najib
berkata, kerajaan BN tetap akan membela anggota keselamatan yang disifatkan
sebagai perwira yang sanggup berkorban segala-galanya demi negara.
Katanya,
beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebak dan sedih apabila berhadapan
dengan balu dan anak-anak kedua-dua anggota polis yang terkorban ketika
berjuang mempertahankan negara dalam kejadian di Lahad Datu itu.
"Mereka
ini pejuang yang patut kita sanjung dan contohi, bukannya dihina dan
diperlekehkan," katanya.-UtusanOnline
No comments:
Post a Comment