Jamalul Kiram dikelilingi penyokongnya bercakap kepada pemberita di pekan Taguig, selatan Manila kelmarin. - REUTERS |
Beliau
berikrar untuk terus berjuang menuntut haknya ke atas Sabah, meskipun Manila
terus mendesak supaya pengikutnya berundur tanpa syarat dari bumi Sabah.
Mereka
bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam menghadapi serangan pasukan keselamatan
Malaysia, katanya kepada pemberita di sini.
Kumpulan
penceroboh itu diketuai oleh adik Jamalul Kiram.
Jamalul
Kiram berkata, beliau bimbang keganasan di Sabah akan merebak kerana ramai
rakyat Filipina, terutama pengikutnya di selatan Filipina sedih atas kematian
keluarga mereka dalam serangan di Lahad Datu.
Anak
perempuannya, Puteri Jacel, pula menyeru rakyat Filipina supaya bertenang dan
menegaskan bahawa Kesultanan Sulu tidak akan berundur dan akan meneruskan
perjuangan untuk menuntut Sabah.
Ia
melibatkan maruah kami," katanya kepada pemberita.
Kami tidak
akan berundur begitu sahaja, kerana kami berjuang kerana hak kami dan
perjuangan ini adalah demi hak kami dan demi kebenaran." katanya kepada
wartawan Associated Press, Jim Gomez di Manila. – AGENSI/UtusanOnline
No comments:
Post a Comment