
Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk
Chai Kim Sen berkata, pemimpin pembangkang itu tidak sepatutnya mengelak
daripada menerima tawaran tersebut dengan mengenakan pelbagai syarat tidak
munasabah.
Menurut beliau, peluang itu juga bagi
menjawab kritikan Ahli Parlimen Bagan berkenaan kononnya kerajaan tidak adil
dalam menyediakan ruang kepada pemimpin pembangkang menggunakan media arus
perdana terutama untuk membentangkan manifesto mereka.
"Guan Eng perlu
membentangkan manifesto pembangkang itu tanpa menggunakan transkrip bagi
membuktikan manifesto mereka benar-benar terbaik," katanya dalam kenyataan
di sini hari ini. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment