KOTA BARU:
Persaingan antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Kelantan telah menyebabkan
pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini bertelagah dalam
merebut kerusi yang telah diputuskan oleh pemimpin parti masing-masing.
Ketua PAS
cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustamam Yaacob akan bertanding sebagai calon
Bebas menentang penyandang kerusi DUN Guchil yang juga wakil rakyat PKR, Tuan
Zamri Ariff Tuan Zakaria.
Muhamad
Bustamam berkata dia akan tetap bertanding melawan Tuan Zamri Ariff walaupun ia
bertentangan kerjasama yang dipersetujui dalam PR.
Sinar
Online memetik Bernama, melaporkan Muhamad Bustamam dipetik sebagai perkata
ahli diperingkat akar umbi telah menggesa dia bertanding menentang Tuan Zamri
Ariff.
Sementara
itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz mengkritik tindakan berkenaan
dengan berkata perkara tersebut akan hanya menimbulkan perpecahan dalam pakatan
pembangkang.
Menteri
Besar Kelantan itu berkata tindakan yang diambil oleh ahli PAS telah mencabuli
perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembahagian kerusi.
Pada
pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menewaskan calon Barisan Nasional, Dr
Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi.
Guchil
merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Tanah Merah, dan ia
merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh PKR daripada lima yang mereka
bertanding pada 2008.
Sementara
itu di Bachok, penyandang kerusi berkenaan Nasharuddin Mat Isa tidak akan
mempertahankan kerusi tersebut dan PAS bahagian mempunyai masalah untuk mencari
calon yang sesuai.
Mereka
perlu calon yang kuat untuk berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Datuk Dr
Awang Adek Hussain yang mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
Walaupun
Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohammed,70, dilihat sebagai calon yang
sesuai, bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh yang juga ahli PKR
pada ketika ini dilihat turut melobi untuk mendapatkan kerusi berkenaan.
Tindakan tersebut turut menimbulkan pertelagahan dengan Ketua Pemuda PAS
Bachok, Ahmad Marzukh.
Sumber
dalam parti berkata kira-kira 70 peratus akar umbi menyokong Omar, yang pernah
menjadi wakil rakyat selama lima penggal bagi kerusi berkenaan.
Sumber
berkenaan turut mengesahkan ahli diperingkat akar umbi tidak selesa dengan
Zaiyadi kerana ramai ahli keluarganya masih dalam Umno.— Bernama/mStar
No comments:
Post a Comment