KUALA LUMPUR - Harga emas yang jatuh sejak beberapa
hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi
simpanan kekayaan untuk masa depan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk
Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk
tetapi peluang kepada pelabur baharu.
Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah
dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian
lama.
"Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk
membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.
"Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak
beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah
bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai
kehabisan stok.
"Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset
pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang
tidak boleh dimanipulasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara
mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur
veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah
pelabur.
Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi
buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.
"Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka,
secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti
majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
"Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih
ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin
menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan," ujarnya.
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun
2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan
kekayaan baru mereka. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment