Calon pakatan
pembangkang bagi kerusi Parlimen Pulai itu berkata, pakatan pembangkang akan
memberi bantuan sebanyak RM2,000, berbanding kenaikan sehingga RM1,200
sebagaimana terkandung dalam manifesto BN bagi PRU-13 yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Kenyataannya
itu bertentangan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyamakan kira-kira empat juta rakyat
yang menerima pemberian BR1M sebagai 'memberi hampas padi dan kelapa kepada
ayam dan lembu'.
Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyamakan pemberian BR1M seperti zaman
Firaun. –UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment