Antara kereta
bernombor pendaftaran
negara jiran yang tertera cogan kata 'ubah'
dijangka masuk ke negara ini pada
hari mengundi 5 mei depan.
|
KUALA LUMPUR -
Sebuah parti politik dari sebuah negara jiran didakwa membantu secara dekat
untuk memberi kemenangan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas pengasas
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong berkata, menurut sumber yang juga
seorang kenalan beliau yang bekerja di negara berkenaan, terdapat satu
perancangan besar sedang giat dijalankan untuk membantu membawa pulang pekerja
Malaysia membuang undi pada 5 Mei ini dengan tawaran cuti dan elaun khas.
Kata beliau,
sebanyak 100 buah kereta dengan nombor pendaftaran negara itu yang tertera
cogan kata 'Ubah' dijangka memasuki negara ini pada hari pengundian.
"Kerajaan
negara itu melalui parti tersebut akan menanggung segala perbelanjaan rakyat
Malaysia yang akan balik mengundi termasuk mereka yang tinggal di negeri
berdekatan dan membayar tiket penerbangan jika mereka mengundi di negeri lain.
"Mereka
turut diberikan cuti khas dua hari tanpa dikenakan pemotongan gaji iaitu pada 3
dan 6 Mei nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada
itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan
berhubung dakwaan serius tersebut kerana membabitkan campur tangan kuasa asing
dalam pilihan raya umum negara.
"Nampaknya
hubungan antara parti berkenaan dan DAP semakin erat dengan kehadiran Penasihat
DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.
"Bersungguh-sungguh
parti dari negara jiran itu untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini
mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan parti itu
di Malaysia,'' katanya lagi. – Utusan Online
No comments:
Post a Comment