POKOK SENA -
Pengundi di Pokok Sena dinasihatkan agar jangan lagi membuat kesilapan dengan
memilih pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan
masa depan mereka lebih terjamin.
Setiausaha
Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, ini kerana kesilapan
berkenaan hanya akan membantutkan proses pembangunan di daerah itu.
"Sebelum
ini kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan daerah ini namun
kali ini saya mohon agar warga Pokok Sena jangan lagi tersilap pilih pemimpin.
"Kita
menawarkan lonjakan pembangunan di daerah ini sekiranya rakyat memberikan
mandat kepada BN," katanya selepas menghadiri Showcase Anak Muda di
Dataran Sena di sini malam ini. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment