Petikan dari : BISIK-BISIK AWANG SELAMAT, Utusan Malaysia
Selepas apa
yang terjadi kepada beberapa pemimpin PKR berkaitan skandal video seks, ia
menimpa pula pemimpin Pas. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dikaitkan dengan
adegan video seks yang tersebar panas dalam Internet.
Ahli-ahli Pas
gempar. Berlegar desas-desus yang kuat bahawa ia adalah angkara parti dalam
pakatan pembangkang. Mustafa melalui peguamnya menafikan pembabitan beliau
tetapi rakyat Malaysia termasuk ahli Pas yang menontonnya, boleh menilai siapa
orang dalam video itu.
Awang
berpendapat, penjelasan Mustafa berhubung isu itu tidak cukup menyakinkan lalu
membuka lebih banyak tanda tanya.
Beliau
sepatutnya tampil dengan kenyataan bersama hujah lebih kukuh dalam penafiannya.
Atau setidak-tidaknya menyatakan kesanggupan untuk menjalani ujian bercakap
bohong, jika pun tidak mahu bersumpah laknat di masjid.
Memandangkan
Pas merupakan parti berlabel Islam dan tidak sama dengan PKR maka parti itu
perlu mengambil keputusan tepat dan dilihat lebih bertanggungjawab.
Adalah lebih
wajar untuk Pas menjalankan siasatan dan mengarahkan Mustafa bercuti sementara
daripada tugasnya. Itu salah satu pendekatan bagi meredakan keadaan.
Kini,
kepimpinan Pas menghadapi tekanan akar umbi mahu Mustafa meletakkan jawatan
demi menjaga maruah parti, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 pada 5 Mei ini.
Dalam pada
itu, Awang percaya Majlis Syura akan bertindak. Jika badan tertinggi Pas itu
menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri kerana isu moral dan biseksual,
pertimbangan yang sama juga boleh diguna pakai ke atas Mustafa.
Jika tidak,
apa bezanya antara PKR dan Pas. Lagi pun, Awang percaya Mustafa bukan seperti
Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment