KUALA LUMPUR
15 April - "Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat,'' tegas Datuk
Seri Najib Tun Razak apabila ditanya cara beliau berhadapan mereka yang kecewa
kerana tidak terpilih sebagai calon berikutan berlakunya perubahan dalam
penentuan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sebaik sahaja
beliau menyebut kata-kata tersebut para pemimpin utama parti-parti komponen
menyambutnya dengan tepukan gemuruh sebagai tanda sokongan tidak berbelah
bahagi mereka kepada perjuangan Najib mendahulukan kepentingan rakyat .
Dalam pada itu
Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih dalam PRU-13
kali ini bukan bererti mereka gagal, bermasalah atau ada kepincangan.
"Namun
dalam keadaan yang mana masyarakat serta pengundi menuntut kepada perubahan
maka sebahagian daripada anggota kita terpaksalah memberi laluan, kalau tidak
beri laluan tiadalah perubahan.
"Sebab
itulah saya amat berterima kasih kepada semua wakil rakyat termasuk dalam
anggota pentadbiran dan sekiranya mereka tidak bertanding, ini bukan satu
penafian atas khidmat mereka dan sumbangan mereka selama ini,'' katanya.
Beliau berkata
demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan watikah pelantikan dan aku
janji kepada Pengerusi-pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan presiden
parti komponen.
Menjawab satu
soalan lain beliau berkata, esok akan diketahui sama ada terdapat pemimpin yang
agak veteran terutama berusia 70 tahun dan ke atas terpilih atau tidak sebagai
calon.
"Esok
akan diumumkan. Saya tidak mahu pergi secara terperinci. Hari ini saya buat
secara prinsip atau secara umum. Esok akan kita ketahui,'' katanya lagi. - Utusan
Online
No comments:
Post a Comment