GOPENG - Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pergeseran dalam pakatan
pembangkang berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih
belum dapat dimuktamadkan.
Penasihat
Parti Keadilan (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang masih gagal mencapai kata
sepakat di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan sesama mereka.
Walaupun
menyifatkan pergeseran itu sebagai perkara biasa, Anwar mengingatkan keadaan
tersebut boleh menyukarkan usaha pembangkang untuk menyaingi Barisan Nasional
(BN) dalam pilihan raya 5 Mei ini.
"Esok
(hari ini) kita ada mesyuarat, ada lawan sana, gaduh sini. Ini Chegu Bard
(Badrul Hisham Shaharin) ada, DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Acheh gaduh
sikit-sikit.
"Kita
jangan banyak sangat gaduh, kalau banyak sangat gaduh sama-sama macam mana mahu
lawan UMNO?," katanya dalam ceramah di Padang Taman Gopeng Jaya, di sini
malam tadi.
Seperti biasa,
dalam ceramahnya, Anwar terus menabur janji manis untuk menurunkan harga minyak
selain memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).
Dalam ceramah
terbabit, Anwar turut mengumumkan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Lee Boon Chye
akan mempertahankan Parlimen Gopeng pada pilihan raya kali ini. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment