LUNDU -
Parti-parti pembangkang yang tidak sepakat dan sering bertelagah dalam pelbagai
perkara tidak mungkin mampu mentadbir negara dengan baik.
Timbalan
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun
Abang Openg berkata, pertelagahan sebegitu sebaliknya hanya akan menyebabkan
pentadbiran negara menjadi kucar-kacir.
"Parti-parti
ini tidak sepakat dalam banyak perkara termasuk pembahagian kerusi yang hendak
ditandingi kerana masing-masing mahu menang dengan banyak dan seterusnya
menjadi parti paling dominan.
"Bagaimana
mereka hendak bekerja bersama-sama mentadbir negara dengan baik kalau perkara
macam ini pun sudah kelam kabut, tidak sepakat dan tidak bersatu hati,"
katanya kepada pemberita di sini semalam. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment