KOTA BHARU -
Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengumumkan pendirian
dengan membenarkan pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain namun Pas
terus berdolak-dalih dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) yang kononnya
tidak mempertahakan kalimah suci itu.
Terdesak
dengan bantahan orang ramai terutama dari akar umbi Pas sendiri mengenai
pengunaan kalimah Allah yang gagal dipertahankan parti itu, Pas seolah-olah
'lepas tangan' menuding jari dengan mendakwa UMNO sebenarnya yang membenarkan
pengunaan kalimah Allah di dalam bible bahasa Melayu.
Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Nasuruddin Daud berkata, Pas melalui Majlis
Syura Ulama parti itu dengan jelas telah membuat keputusan tidak membenarkan
orang kafir mengunakan kalimah Allah.
Beliau
berkata, orang kafir tidak boleh mengunakan kalimah Allah di dalam Bible kerana
Allah dengan Tuhan ini lain. Allah tidak beranak, tidak anak kepada sesiapa,
tidak serupa dengan sesiapa dan tidak menyerupai sesuatu.
"Begitu
juga Allah dengan makhluk tidak serupa. Ada orang Kristian dia kata Tuhan ada
anak iaitu Nabi Isa, orang Musyrikin dia kata Malaikat itu anak Tuhan, ini
semua tidak betul. Telah kafir orang yang kata Tuhan itu salah satu daripada
tiga.
"Sebab
itu kita tidak membenarkan orang bukan Islam menterjemahkan God kepada Allah
dan ini jelas, tetapi kerajaan Malaysia membenarkan tiba-tiba dia salahkan kita
tidak mempertahankan kalimah Allah.
"Kita
bukan setakat kalimah Allah kita pertahankan, yang paling penting syariat Allah
pun kita pertahankan. Dia (UMNO) kalimah Allah tidak pertahan, syariat Allah
pun dia tolak," katanya semasa menyampaikan ceramah pada program Ijtimak
Ulama dan Guru-guru Pondok di sini malam tadi.
Pada 8 Januari
lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan
Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam
amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
Pendirian
bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Bagaimanapun,
selepas itu Majlis Syura Ulama Pas memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk
agama Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain berikutan bantahan
banyak pihak termasuk golongan alim ulama.
Keputusan
Majlis Syura itu bagaimanapun tidak diterima oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh
yang menyifatkannya tidak mewakili suara majoriti dalam Pas serta menggesa
Abdul Hadi meminta badan tertinggi Pas itu mengkaji semula keputusan tersebut.
Gesaan Karpal
itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa pemimpin Pas termasuk Ketua Dewan Ulama
Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Haron Din
yang menyatakan akan mempertahankan kalimah suci itu sehingga akhir hayat
beliau.
Isu penggunaan
kalimah Allah oleh penganut agama lain dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng pada 25 Disember tahun lalu yang membuat gesaan supaya Kerajaan
Persekutuan memberi kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah itu.
- Utusan Online
No comments:
Post a Comment