SEREMBAN - Selepas menolak hudud dan
negara Islam akhirnya DAP terpaksa meraih simpati daripada parti yang
diherdiknya, Pas untuk menggunakan logo parti sekutunya itu bagi bertanding
pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tindakan terdesak itu terpaksa dilakukan
calon DAP berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik pada pemilihan parti berkenaan
pada 15 Disember tahun lalu.
Malah perkara ini turut diumumkan
Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pada majlis pengumuman senarai calon DAP
negeri yang bakal bertanding pada PRU-13 meliputi 11 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan dua di kawasan Parlimen.
"Kita memang ada krisis kerana
ROS tidak iktiraf CEC yang kita bentuk tempoh hari. Maka kita bimbang kalau ia
tidak diiktiraf dan pada hari penamaan calon, kita takut Barisan Nasional boleh
menang percuma.
"Tetapi jangan risau kalau tidak
boleh pakai roket (DAP), kita akan bertanding pakai logo bulan (Pas),'"
katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini malam tadi.
Jelasnya lagi, apapun perkara itu
akan diteliti terlebih dahulu dan perlu mendapat kepastian daripada Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment