PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.
Bagaimanapun,
SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April, manakala
pengundian 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh berkenaan adalah
cuti hujung minggu.
Tunggu surat Speaker
Mengikut
peraturan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian, writ pilihan raya
mesti dikeluarkan sekurang-kurangnya sehari, manakala notis empat hari sebelum
penamaan calon. Kempen pula mesti diadakan sekurang-kurangnya 11 hari.
Sumber SPR
memaklumkan, berdasarkan pengalaman sebelum ini pengundian biasanya diadakan
pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.
Pada
pilihan raya umum (PRU) 1999 dan 2004, tempoh antara pembubaran dan hari
penamaan calon ialah sembilan hari, manakala pada PRU 2008, masa yang diambil
ialah 11 hari.
Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya menunggu surat pemakluman
daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum
boleh mengadakan mesyuarat menetapkan hari penamaan calon dan tarikh
pengundian.
Beliau
menjangka SPR menerima pemakluman rasmi dalam tempoh beberapa hari akan datang
selepas semua DUN dibubarkan.
Tempoh kempen 14 hari
Sementara
itu, tempoh berkempen dijangka mencecah 14 hari berikutan ketetapan tempoh
berkempen perlu diadakan sekurang-kurangnya 11 hari.
Mengikut
rekod, tempoh kempen PRU 2008 ialah 13 hari, berbanding lapan hari pada PRU
2004 dan sembilan hari bagi PRU 1999. - BHarian
No comments:
Post a Comment