BUTTERWORTH:
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat bertanding di Perak pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dianggap rahmat kepada penduduk Parlimen
Permatang Pauh yang sudah sekian lama mahu menolak kepemimpinan Penasihat PKR
itu.
Perkara itu
disuarakan penduduk Permatang Pauh sendiri yang mendakwa Anwar selama ini tidak
pernah menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sebaliknya hanya
mempergunakan masyarakat di kawasan itu kerana taksub mengejar cita-cita
politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.
Penduduk
Kampung Mengkuang, Yusof Sudin berkata, Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli
Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka
mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasan
itu.
Lalai jalan tanggungjawab
“Apa erti
seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? Sikap Anwar yang sibuk
berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli
Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.
“Kalau
Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen
dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila
rakyat memerlukan khidmatnya, dia ‘lesap’ entah ke mana dan ini membuatkan
penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya,” katanya di sini, semalam.
Yusof
berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku
kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain
yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.
“Sudah
sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar
keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan
terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas,”
katanya.
Semalam,
Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya,
mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih
Perak pada PRU-13.
Mahu lari
Penduduk,
Mohd Rafizal Yusof berkata, keputusan Anwar ‘lari’ dari Permatang Pauh itu
mempunyai kaitan dengan sokongan berkurangan rakyat kawasan itu terhadapnya
berikutan kegagalannya menyumbang kepada program dan pembangunan di situ.
“Anwar
semakin ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat
di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar
pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik. - BHarian
No comments:
Post a Comment