ANWAR DIBIDAS ANJUR BLACK505 KETIKA JEREBU
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak sensitif dengan masalah kesihatan
rakyat apabila menyokong dan menggalakkan penyokong pembangkang menyertai
perhimpunan Black 505di Padang Merbok Sabtu lalu.
Perhimpunan di
Padang Merbok, Sabtu lalu
|
Malah Ketua
Pembangkang itu diibaratkan mengamalkan pendirian berat berat sebelah apabila
menyalahkan kerajaan yang kononnya gagal menangani masalah jerebu yang melanda
negara sejak minggu lalu.
"Permatang
Pauh tidak langsung prihatin kepada masalah jerebu apabila bersetuju dan
mengarahkan orang ramai berhimpun di Padang Merbok.
"Nampaknya
Permatang Pauh seperti berat sebelah menyalahkan pihak kerajaan, tetapi di
pihak Permatang Pauh sendiri melakukan kesalahan kepada rakyat," kata
Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Ahli Parlimen
baru itu berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan menjunjung kasih
titah Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar.
Menerusi
perbahasannya, Anwar menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak kerana tidak menasihatkan Seri Paduka supaya menyentuh mengenai
keadaan jerebu yang melanda negara menerusi titah baginda.
Pembangkang
pada Sabtu lalu menganjurkan perhimpunan yang dikenali sebagai Black 505 di
Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di ibu negara dilaporkan tidak sihat.
Lebih
membimbangkan apabila terdapat sebahagian peserta perhimpunan itu berkhemah
selama dua malam di kawasan berkenaan walaupun tanpa kebenaran Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
Mengulas
lanjut Anwar bagaimanapun mempertahankan penganjuran perhimpunan berkenaan
walaupun diadakan di tempat terbuka dalam keadaan berjerebu.
"Perhimpunan
itu hanya mengambil masa sehingga mungkin hampir lebih dua jam.
"Rakyat
yang faham tentang penipuan (dakwaan penipuan pilihan raya) mahu melahirkan
sikap dan pendirian mereka," katanya. -mStar
KD: DSAI seperti sudah biasa menegakkan benang yang
basah..
No comments:
Post a Comment