ADUN BN TERENGGANU MENINGGAL DUNIA, PILIHAN RAYA
KECIL PERTAMA 2013
Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Terengganu Dr. Abdul Rahman Moktar yang
berusia 55 tahun meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi semalam kerana penyakit
barah paru-paru.
Jawatan yang disandang Allahyarham semasa hayatnya
|
Adun Barisan
Nasional (BN) yang juga merupakan Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat kerajaan negeri Terengganu itu meninggal dunia di Hospital
Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Perkara ini
telah disahkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada
agensi berita nasional Bernama.
Ini bermakna,
pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan tidak lama lagi buat pertama kalinya
selepas pilihan raya umum 5 Mei.
Abdul Rahman
menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Beliau
meninggalkan seorang isteri, Azizah Omar dan empat orang anak.
Abdul Rahman
mendapatkan ijazah kedoktorannya di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran lagi di Kolej Perubatan
Filipina di Manila.
Abdul Rahman
merupakan anak kelahiran Pulau Perhentian, Kuala Terengganu.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan PRK dalam masa 60 hari selepas menerima
notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
BN pada ketika
ini menguasai 17 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat (PR) mempunyai 15 kerusi.
Kematian Abdul
Rahman menyebabkan BN hanya tinggal 16 kerusi dan kemenangan PR pada PRK akan
datang akan menyebabkan DUN Terengganu tergantung. – The Malaysian Insider
KD: Walaupun Pilihan Raya Kecil, namun pasti ia akan
menjadi PRK pembuka yang paling hangat..
No comments:
Post a Comment