DUN KUALA BESUT SUKAR TAPI PAKATAN ADA HARAPAN - ANWAR
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala
Besut di Terengganu sebagai kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang,
sekiranya pilihan raya kecil diadakan.
Anggota
Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ini kerana DUN tersebut telah dimenangi
Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang besar iaitu 2,434 undi pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lepas.
"(DUN
Kuala Besut) benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan
raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar. Bagaimanapun, kawasan
itu juga besar bagi PAS, jadi kita akan sokong calon PAS.
"PAS akan
bermesyuarat segera untuk menentukan siapa yang akan bertanding (di DUN
itu)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Kerusi DUN
Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal
dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat
kanser paru-paru.
Pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang
disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah
Ismail.
Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar
surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.
SPR akan
mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala
Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.– The Malaysian
Insider
KD: Tidak salah berfikiran positif, namun biarlah kena
tempat dan caranya. Jangan hanya tahu berdemo sahaja.
No comments:
Post a Comment