KERAJAAN TIDAK TAKUT SLOGAN ‘MALAYSIAN SPRING’
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak yang menggunakan perkataan ‘rakyat’ bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Kerajaan
tidak takut kepada perkataan ‘Malaysian Spring’. Asas yang saya tekankan ialah
apa-apa tindakan yang dilakukan mestilah berpandukan kepada Perlembagaan
Persekutuan kerana ia adalah perkara pokok,” katanya pada persidangan Dewan
Rakyat di sini, Rabu.
Namun tegas
Perdana Menteri, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
terhadap mana-mana pihak yang melangkaui batas Perlembagaan Persekutuan. –
mStar
No comments:
Post a Comment