BLACK505: KIBAR BENDERA MERAH PUTIH, PIHAK BERKUASA
PERLU BERTINDAK TEGAS
Presiden
Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin
Kachar berkata, tindakan biadab itu memperlihatkan mereka seolah-olah tiada
semangat jati diri sebagai rakyat Malaysia.
"Perbuatan
mereka amat memalukan kerana telah mencapai tahap mencabar kedaulatan negara
dan martabat rakyat.
"Mereka
sepatutnya mengenang jasa pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan
tanah air sebelum bertindak mengikut perasaan," katanya ketika dihubungi
hari ini.
Sementara itu,
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom beranggapan
perbuatan tidak bermoral tersebut semakin menjadi-jadi berpunca daripada
undang-undang yang tidak tegas.
"Pihak
berkuasa perlu menjalankan siasatan dan segera menahan individu yang terlibat.
Mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan," katanya.
– Utusan Online
No comments:
Post a Comment