PEMBANGKANG DIALU-ALU TEGUR KEPINCANGAN NEGERI KEDAH
ALOR SETAR -
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan
negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas
pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.
Bagaimanapun,
Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran
mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.
Beliau turut
berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan
sedia ada.
"Tegurlah
kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan
negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat
tidak sempurna.
"...Pengalaman
ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua
pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang," katanya
kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Adun Kedah di Wisma Darul Aman di
sini hari ini.
Sebagai 'orang
baharu' dalam Dun Kedah, Mukhriz berkata beliau belum dapat membuat
perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku
seperti dalam Dewan Rakyat.
"Kalau
banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam Dun). Polemik politik
terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat
dilanggar sewenang-wenangnya," kata Mukhriz.
"Saya
lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang
dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baharu. - Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment