GAMBAR PERSENDA RAMADAN: BUAT SIASATAN TERPERINCI,
KENAKAN TINDAKAN TEGAS
KUALA LUMPUR -
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menggesa pihak berkuasa membuat siasatan
terperinci seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap pasangan, Tan Jye Yee
dan Vivian Lee yang memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh
tertera logo halal.
Menurut
beliau, pasangan itu serta mana-mana pihak yang didapati bersalah menghina
Islam perlu dikenakan tindakan undang-undang tegas supaya menjadi pengajaran
kepada pihak lain.
“Perbuatan mereka sangat
serius dan adalah mustahak untuk pihak berkuasa membangkitkan isu ini di Dewan
Rakyat secepat mungkin bagi mencari jalan penyelesaian," katanya ketika
dihubungi.
Jye Yee, 25,
dan Vivian Lee, 24, mencetuskan kemarahan umat Islam selepas mempersenda
kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar mereka sedang menikmati hidangan
bak kut teh (sup tulang babi) yang tertera logo halal di laman sosial baru-baru
ini.
Mengulas
lanjut, Nooh berkata, pihak berkuasa berkaitan agama perlu menubuhkan pasukan
dan jawatankuasa khas bagi memantau penghinaan seperti itu daripada terus
berleluasa.
“Saya harap tindakan
undang-undang diambil ke atas pasangan ini walaupun mereka membuat permohonan
maaf secara terbuka demi mengelak perbuatan itu dilihat sesetengah pihak
sebagai perkara remeh," katanya.
“Dengan meletakkan logo halal
pada gambar makanan yang umum tahu tidak halal, seolah-olah cuba menghasut
orang Islam menerima makanan tersebut," katanya.
Tambah beliau,
perbuatan itu tidak harus dipandang ringan pihak berkuasa dan tindakan tegas
perlu diambil segera sebagai pengajaran kepada pihak lain. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment