PM JAMIN PERTAHAN KESUCIAN ISLAM
KUALA SELANGOR
- Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus
meninggikan syiar Islam, menjaga akidah dan mempertahan kesucian Islam termasuk
memperjuang penggunaan kalimah Allah.
Perdana
Menteri berkata, kerajaan juga akan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan
termasuk pendidikan Islam dan tempat ibadat di seluruh negara supaya kemudahan
itu dapat dinikmati dengan lebih selesa.
Menurut
beliau, pembangunan berasaskan maqasid syariah itu akan terus diperjuang supaya
apa yang dilakukan kerajaan menepati kehendak Islam.
Dalam masa
sama, Najib menyeru seluruh umat Islam di negara ini mencari titik pertemuan
dengan bernaung atas prinsip perpaduan meskipun berbeza fahaman politik.
"Langkah
itu perlu bagi memastikan agama Islam dan umatnya tidak tergugat serta mengelak
berlaku konflik sekali gus membolehkan mereka lebih maju pada masa depan,"
katanya.
Najib yang
juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, salah satu sebab Malaysia
berada dalam keadaan aman dan tidak bergolak kerana negara ini mengamalkan
dasar wasatiyyah atau kesederhanaan.
"Kita
ambil jalan kesederhanaan, jalan sebaik-baik mengikut Islam, ertinya kita
menolak fahaman fanatik dan tolak orang yang hendak melakukan kerosakan.
"Kita
kutuk siapa yang buat huru-hara. Kalau bersikap sederhana dan tolak dasar tidak
adil serta ekstrem, Allah SWT akan berkati perjuangan dan kepimpinan kita. Ini
cuba kita lakukan hasil manfaat mandat rakyat," katanya. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment