GAMBAR PERSENDA RAMADAN: JAIS AMBIL TINDAKAN PIHAK
HINA ISLAM
Foto di Facebook
pasangan ini mencetuskan kontoversi
|
SHAH ALAM -
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan akan mengambil tindakan
terhadap pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar
kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat
Islam, di laman Facebook mereka.
Pengarah Jais,
Datuk Marzuki Husin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil
tindakan tegas terhadap pasangan kontroversi, Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan
Vivian Lee, 24, kerana memuat naik gambar sedang menikmati hidangan tidak halal
dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan
menyelerakan' berserta logo halal.
Tegasnya,
tindakan pasangan terbabit boleh disabit salah sama seperti penganjur program
di Damansara Utama Methodist Church yang dipercayai cuba mengkristiankan umat
Islam pada bulan puasa tidak lama dahulu.
"Jais
berpendirian tidak sepatutnya perkara itu dibiarkan berlaku.
"Sebagai
rakyat Malaysia berbilang kaum, sepatutnya mereka menghormati keharmonian
antara kaum dan agama yang dipupuk sejak 50 tahun lalu.
"Seperti
isu-isu lain, kalau terbukti mereka menghina dan persendakan Islam, kita akan
ambil tindakan seperti kes gereja tidak lama dahulu," katanya.
Beliau berkata
demikian mengulas perbuatan tidak bertanggungjawab dua remaja terbabit yang
telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambar sedang
menikmati hidangan bak kut teh tersebut, Jumaat lalu.
Pasangan itu
memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan
yang tidak halal.
Dalam pada
itu, Marzuki menegaskan sepatutnya bulan puasa dimanfaatkan untuk memperbaiki
iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan. –Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment